Friday, November 14, 2008

Kurikulum Permata diperluas ke pusat asuhan tahun depan

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kurikulum yang diguna pakai di Pusat Permata di seluruh negara akan mula diperluaskan ke pusat asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak kendalian kerajaan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kurikulum yang telah diluluskan Kabinet itu akan dapat memastikan perkembangan yang holistik dari segi emosi, rohani, sosial dan intelek bagi pembangunan potensi kanak-kanak di bawah usia empat tahun.

‘‘Kurikulum ini telah pun dilaksanakan di 14 buah Pusat Permata Negara di seluruh negara dan daripada penilaian yang dilakukan, kita mendapati ia sangat berkesan.

‘‘Jadi, tahun depan kita akan mulakan secara berperingkat-peringkat melalui kerjasama dengan beberapa buah kementerian dan agensi yang berkenaan,’’ katanya.

Najib yang juga Pengerusi Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Secara Holistik yang bertemakan Setiap Anak Permata Negara di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Najib berkata, kerajaan perlu meminda Akta Pendidikan sekiranya mahu memperluaskan pelaksanaan kurikulum Permata ke pusat asuhan yang diuruskan oleh pihak swasta.

Kata beliau, bagaimanapun dalam soal pendidikan awal kanak-kanak ini, kerajaan tidak mahu menjadi terlalu rigid.

‘‘Kalau kita pinda, pihak swasta turut perlu mengguna pakai kurikulum Permata, tetapi kita tidak boleh terlalu rigid.

‘‘Apa yang penting kita kena benarkan fleksibiliti dalam hal ini selagi standard di pusat asuhan dapat dikekalkan (pada tahap yang baik),’’ jelasnya.

Terdahulu, Najib dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan telah pun memperjelaskan tugas dan tanggungjawab agensi berkaitan bagi mengelakkan sebarang pertindihan tugas dalam menjayakan usaha itu.

Menurut beliau, Kementerian Pelajaran misalnya bertanggungjawab ke atas aspek dasar dan kurikulum, pengawalseliaan serta nazir yang akan memantau perkembangan pelaksanaan kurikulum itu.

‘‘Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat akan meneruskan peranannya bagi menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak.

‘‘Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional akan bertanggungjawab sebagai agensi pelaksana,’’ ujarnya.

Najib berkata, sekiranya asas pendidikan awal terbaik dapat diberikan kepada setiap rakyat melalui program Permata, maka ia bakal menjadi pelaburan yang cukup bermakna dalam melahirkan aset penting kepada negara.

Katanya, ini seperti hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyuarakan untuk melihat rakyat negara ini memiliki personaliti yang tinggi.

(Sumber Utusan Malaysia Online)



Saturday, November 8, 2008

Bengkel PNP

Pada 4 dan 5November jam 2.00 petang PPD daerah selatan p.pinang telah mengadakan bengkel membuat BBM di Pusat Kegiatan Guru Nibong Tebal.Seronok sangat banyak benda yang dipelajari terutamnaya dalam membuat bahan mengajar menjadi menarik dan tertarik.Tapi sayangnya saya tak sempat nak ambil gambar dari awal.terdapat beberapa hasil yang boleh dikongsi bersama.Maklum sajala saya pun baru saja dalam dunia pendidikan Prasekolah ni.Banyak perkara yang patu dan perlu dipelajari.

Thursday, November 6, 2008

Lawatan Belajar Pra ke Aquaria & Taman Rama-rama


Pada 30 oktober lalu,Prasekolah SKSS telah membuat lawatan sambil belajar ke beberapa tempat menarik di sekitar Pualau Pinang, antara tempat yang dilawati Aquarium Penang, Taman Rama - rama dan Taman Belia.

Wednesday, November 5, 2008

Hari Graduasi Prasekolah SK Sg. Setar

Majlis Graduasi bagi tahun 2008 telah berlangsung dengan meriah, banyak lagi gambar majlis akan menyusul

Tuesday, November 4, 2008

Hari Graduasi



Esok 5 November 2008 merupakan Hari Graduasi bagi Pra SK Sg. Setar. Moga anak - anak ini akan meneruskan pencarian ilmu hingga 'Graduation Day' di Universiti